Saturday 19 January 2013

RESEPI PURE MARINE COLLAGEN

RESEPI LAICI KANG RUMPAI LAUT (KOLAGEN ASLI)
Bahan-bahannya:- 15 biji kurma china 15 biji longan kering 15 biji kacang teratai (lotus) (rendam) 15 gram gula batu 10 gram gula merah 5 gram snow fungus 1 litter air 35 gm rumpai laut (belum rendam)
Cara-caranya :- 


1) Cuci dan rendam rumpai laut semalaman. Ia akan kembang seperti gambar diatas.
2) Potong rumpai laut kecil-kecil.. lebih kurang 1 inci
3) Panaskan air sehingga mendidih kemudian masukan bahan diatas (kecuali rumpai laut) selama 1/2 jam.
4) Matikan api dan biar air menjadi suam sedikit baru di masukan rumpai laut yang dipotong kecil.
5) Sedia diminum semasa suam atau pun sejuk..


RESIPI DADIH KOLAGEN RUMPAI LAUT

Bahan2: 50gm kolagen, 2 sudu gula, 1 liter air & 1 kotak susu berperisa (strawberry, coklat dll)

Cara2:
1) Rebus rumpai laut didalam periuk bersama 1 liter air
2) Masukkan gula
3) Masukkan sekotak susu berperisa kedalam periuk & kacau sentiasa
4) Selepas pati kolagen tadi mengelegak & menjadi sebati, tutupkan api
5) Selepas sejuk, masukkan dalam bekas yang sesuai & sejukkan dalam peti sejuk
6) DADIH KOLAGEN RUMPAI LAUT sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba :)

Pengambilan kolagen rumpai secara teratur dan berterusan memberi kesan yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori-pori kulit muka mengecil dan nampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu mengandung, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.


SUP RUMPAI LAUT (Korean Style)

BAHAN-BAHAN:
---------------------
air secukupnya
RumPai Laut(direndam dan dicuci)..toskan
6 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar(biar camtu je)
kiub ayam
sedikit isi ayam dicincang(nak guna udang pun boleh)
telur dua biji
sedikit halia diketuk
Tomato(nak letak apa2 sayur pun boleh)
bawang putih dan merah goreng(optional)
Daun Sup
sedikit batang celery dihiris
sedikit minyak masak utk menumis

CARA-CARA MEMBUATNYA:
----------------------------------
1) Tumiskan bawang bawang putih yang ditumbuk dan diketuk setelah naik bau

2) masukkan sedikit halia.
3) masukkan isi ayam
4) bila isi ayam dah hampir masak masukkan telur
5) Bila dah agak garing isi ayam dan telur masukkan air dan juga bawang besar
6) bila dah mendidih masukkan batang celery dan rumpai laut
7) Akhir sekali baru masukkan tomato,bawang goreng dan juga daun sup...


KERABU RUMPAI LAUT BERSAMA MANGGA

Bahan-bahan:
1) Semangkuk rumpai laut (yang telah direndam selama 6 jam)
2) 2 biji mangga muda (disagat)
3) 2 biji perahan lemon (buang bijinya)
4) 4-5 ulas bawang kecil (dipotong dadu)
5) 10 biji cili api (potong kecil,nak lagi pedas tumbuk sikit,boleh tambah jika suka pedas,kurangkan kalau tak tahan pedas)
6) Segenggam kecil udang kering (saya goreng tanpa minyak n tumbuk pecah2 utk naikkan rase,boleh digantikan dengan ikan bilis/kiub ikan bilis,masuk dua2 sekali pn boleh)
7) 3 sudu besar gula
8) 1/2 sudu kecil garam


Cara Penyediaan:
Campurkan semua bahan diatas dan kacau sehingga rata, dan siap di hidang!!








RUMPAI LAUT SOYA

Cara penyediaan semudah:
1. Basuh pure Collagen bersih-bersih, rendam selama satu malam,kemudian basuh lagi sekali bersih-bersih & masukkan dalam bekas..
2. Didihkan air dalam cerek, tuang ke atas Pure Collagen telah direndam tadi, kacau biar dia lebur
3. Simpan
4. campur dengan air soya, takder bau, macam jelly cincau jer. sedap sangat.. nyum... nyum... nyum... :-)

No comments:

Post a Comment